INFAQ KURMA UNTUK PEMBINAAN MAAHAD AZ-ZEIN AL-MAKKI
PROGRAM INFAQ UMMAH 2022
Sempena kedatangan bulan yang dinanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak kami mengajak tuan/puan yang budiman untuk sama-sama kita menginfaqkan sedikit harta kita untuk membantu pembangunan MAAHAD AZ-ZEIN AL-MAKKI.
.
Pengagihan kempen Infaq Kurma Ramadhan ini adalah kepada Pusat-Pusat Pengajian Tahfiz, Rumah-Rumah Anak Yatim, Asnaf, Masjid-Masjid dan Surau-Surau.
.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya
“Pelihara dirimu dari api neraka dengan bersedekah (walaupun) separuh dari sebiji tamar (kurma) dan kalau tidak dapat sedekah itu, maka keluarkanlah kata-kata yang baik.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
.
KAMI MASIH MEMERLUKAN SUMBANGAN DANA
.
Alhamdulillah, hasil sumbangan para penyumbang sebelum ini, telah dapat menambak, merata dan memampatkan sebahagian daripada keluasan tanah sebenar.
.
Setelah penyisatan tanah dibuat tahun lalu, penanaman cerucuk perlu dibuat untuk kekukuhan bangunan malah tanah perlu ditambun lagi.
.
Selagi bangunan yang bakal dibina ini teguh berdiri kelak dengan izin ALLAH, selagi itulah ia akan terus memberi manfaat untuk kemaslahatan ummah.
.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka ALLAH akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki" [Surah Saba' ayat 39].
.


.
Binaan bangunan baharu Maahad Az-Zein Al-Makki bertapak di PT 184, Jalan Parit Baru, Kg
Bukit Kuching Tengah 45800 Jeram, Selangor, Malaysia
.
! REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI !
Kami akan mulakan pengagihan pada bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi
.
Ayuh sama-sama kita infaq kurma untuk Ramadhan kali ini, semoga kita akan memperoleh pahala berganda dan mendapat gajaran dari Allah swt.. InsyaAllah
Maklumat penting untuk anda :
- Bukti pengagihan akan kami hantar kepada anda secara personal melalui talian Whatsapp.
- Kepada yang berhajat, anda boleh sertakan Nama-Nama Arwah di ruang bawah yg telah disediakan untuk kami serahkan kepada pihak Maahad Tahfiz / Anak-Anak Yatim / Asnaf / Surau / Masjid untuk membuat Tahlil untuk Arwah beserta kurma yg Tuan/Puan infaqkan.